Jumaat, 12 Jun 2015

Cuti-cuti Phuket Part 2: Phuket aku datang


Part 2: Phuket aku datang

6 Jun 2015, pada pukul 3.00 petang, kami berangkat menuju ke KLIA2. Walaupun flight ke Phuket di jadualkan pada pukul 8.40 malam tapi memandang saya akan membawa kereta ke KLIA2 dan park di sana, jadi saya mengambil keputusan untuk bertolak awal dari rumah. Lagipun kalau hari Sabtu MRR2 sure jem teruk. Singgah sekejap di PETRONAS stesen, isi minyak dan terus ke KLIA2 dengan pertolongan MAPS Samsung note2. Sepanjang perjalanan hujan boleh tahan lebat. Kami tiba di KLIA2 dalam pukul 5 petang. Tak susah rupanya ke KLIA2. Ikut je signage di kiri jalan.

 Kami park di Blok B aras CP5.

 


Omar yang tak sabar menunggu burger.


Dari tempat parking, kami menuju ke lift. Departure hall berada di CP3 (level 3) kalau tak silap. KLIA2 airport sangat besar dan pada pandangan saya signage ke departure hall tak berapa jelas. Kami sembahyang asar dan makan burger king dulu sebelum ke kaunter Air Asia untuk baggage drop.

Selepas check in bag, kami terus mencari departure hall. Jauh betul jalan dari gate yang mula-mula kami masuk ke pintu gate nak naik kapal terbang. Nasib baik bawa stroller untuk baby Zara. Taklah lenguh mengendongnya yang dah sememangya chubby dan montel tu. 

Baby Zara yang selalu membuatkan mama terindu-rindu.


Memandangkan kami mepunyai banyak masa, jadi tidaklah kami terkejar-kejar. Lebih kurang pukul 9 malam, kami pun berangkat ke Phuket. Flight kami sedikit delay.


Amerul sempat posing di kedai mainan.

Setiba di Airport Phuket, kami terus mengambil bag dan berjalan keluar. Sebelum keluar, ada kaunter yang menawarkan free simcard. Kita hanya perlu menunjukkan passport untuk mendapatkan free simcard tu. Oh ya! waktu kat sana satu jam lambat dari Malaysia. Kami tiba pada pukul 9 malam lebih.

Sampai sahaja di pintu keluar, saya sudah nampak seorang warga Thai memegang kad yang tertulis nama saya. Saya terus berjumpa dia dan dia membawa kami ke minivan yang disewa dengan harga 900 bath untuk perjalanan sehala ke Viridian Resort Hotel yang terletak di Pantai Patong. Saya menempah 3 bilik di hotel ni untuk 3 malam.

Salah satu bilik di Viridian Resort Patong


Hotel ini amatlah strategik. Terletak di tengah-tengah bandar Patong. Berdekatan dengan pantai, Jungceylon Mall, Bangla Road, kedai-kedai dan lain lain.

Kami tidur dengan nyenyak kerana kepenatan. Bersambung di part 3 ye untuk kisah seterusnya.

Rabu, 3 Jun 2015

cuti cuti Phuket Part 1: Persediaan sebelum bercuti

Part 1: Persediaan ke Phuket

Rasa gelisah nak melancong ke oversea semakin memuncak muncak. Last sekali ke luar negara ialah pada pertengahan Tahun 2013. Bawa anak anak ke Gold Coast Australia.

Tahun ni budget tak berapa banyak. Jadi kenalah melancong dekat dekat je. Pantang Air Asia buat promosi, mulalah mencari tempat tempat yang menepati poket.

Phuket menjadi pilihan hati memandangkan harganya yang reasonable. Maka terbooklah Air Asia tiket untuk cuti sekolah dari 6 ke 9 Jun 2015. Konon 4 hari 3 malam. Tapi bila dah booked, baru perasan sebenarnya 2 hari je percutian di Phuket. Boring..selalu buat silap. 


Senarai cost sebelum ke Phuket

Kos yang dah di bayar sebelum berangkat ke Phuket (RM 3,304.18)


a)      Tiket Flight pergi dan balik : RM 1,692
(5 Dewasa, 1 kanak-kanak, 1  bayi), jadi, average: RM 265 sorang, baby RM50 sehala

b)      Tiket utk ibubapa  : RM 598.18
        book lambat sikit sebab last minute bagitahu nak datang rumah. Sian pulak..so ajak                        jalan sekali.

c)      Hotel  : RM 1,014
       (The Viridian Resort, Patong untuk 3 bilik dan 3 malam, RM 112.7 semalam)


Anggaran Kos yang belum di bayar sebelum berangkat ke Phuket (RM ??)

a)      Tranportation (booking thru private driver, jumpa dalam internet)

1)  Airport Transfer (Airport to Hotel) : 900 Bath one way (Minivan)
2)  Airport Transfer (Hotel to Airport) : 900 Bath one way (Minivan)
3)  6 hours Phuket tour                      : 1,300 Bath (Minivan),
 kalau lebih, kena extra 250 bath perhour



b)    Proposed Itinerary (6 hours tour) ikut citarasa sendiri.
·         Naik gajah (600 bath sorang, 20 min..mula mula agent letak 900 bath, 30 min..mintak kurang..dia bagi 600 bath tapi 20 min. cukup kot.
·         Melawat view points
·         Big Buddha
·         T-shirt factory
·         Cashew Nut factory
·         Thai Silk factory (akak yang nak shopping. Kot kot kain silk sana murah)
·         Weekend pasar malam Phuket town
Kos yang lain-lain tu macam makanan, souvenir kenalah tunggu update lepas balik nanti ye.

Banyaklah akak spent time baca blog blog. Maklumlah akak akan lead rombongan ni. So jadi ketua, kena tahu segala macam mengenai tempat nak dituju ni.

Makanan halal
·         Dalam Jungceylon (Banglathai ke apa?)
·         Sekitar masjid patong (Restoran Saveena…)
·         Mana mana gerai yang makcik pakai tudung..kalau pakcik??? Entah.

Tempat-tempat menarik lain memang banyak. Tapi memandangkan akak ada dua hari je kat Phuket tu. Tak yahlah ambil pakej pakej ke Phi Phi Island, James Bond le… Tu semua kalau ada rezeki ambil dari Krabi… plan suh anak anak mandi swimming pool atau bersantai kat tepi pantai patong tu je.

Tu je dulu untuk first time nak terbitkan blog ni. Gambar pun belum ada.

Chow chin chow.