Part 2: Phuket aku datang
6 Jun 2015, pada pukul 3.00
petang, kami berangkat menuju ke KLIA2. Walaupun flight ke Phuket di jadualkan
pada pukul 8.40 malam tapi memandang saya akan membawa kereta ke KLIA2 dan park di
sana, jadi saya mengambil keputusan untuk bertolak awal dari rumah. Lagipun
kalau hari Sabtu MRR2 sure jem teruk. Singgah sekejap di PETRONAS stesen, isi
minyak dan terus ke KLIA2 dengan pertolongan MAPS Samsung note2. Sepanjang
perjalanan hujan boleh tahan lebat. Kami tiba di KLIA2 dalam pukul 5 petang.
Tak susah rupanya ke KLIA2. Ikut je signage di kiri jalan.
Omar yang tak sabar menunggu burger.
Dari tempat parking,
kami menuju ke lift. Departure hall berada di CP3 (level 3) kalau tak silap. KLIA2
airport sangat besar dan pada pandangan saya signage ke departure hall tak
berapa jelas. Kami sembahyang asar dan makan burger king dulu sebelum ke
kaunter Air Asia untuk baggage drop.
Selepas check in bag,
kami terus mencari departure hall. Jauh betul jalan dari gate yang mula-mula
kami masuk ke pintu gate nak naik kapal terbang. Nasib baik bawa stroller untuk
baby Zara. Taklah lenguh mengendongnya yang dah sememangya chubby dan montel
tu.
Baby
Zara yang selalu membuatkan mama terindu-rindu.
Memandangkan kami
mepunyai banyak masa, jadi tidaklah kami terkejar-kejar. Lebih kurang pukul 9
malam, kami pun berangkat ke Phuket. Flight kami sedikit delay.
Amerul
sempat posing di kedai mainan.
Setiba di Airport
Phuket, kami terus mengambil bag dan berjalan keluar. Sebelum keluar, ada
kaunter yang menawarkan free simcard. Kita hanya perlu menunjukkan passport
untuk mendapatkan free simcard tu. Oh ya! waktu kat sana satu jam lambat dari Malaysia. Kami tiba pada pukul 9 malam lebih.
Sampai sahaja di pintu
keluar, saya sudah nampak seorang warga Thai memegang kad yang tertulis nama
saya. Saya terus berjumpa dia dan dia membawa kami ke minivan yang disewa
dengan harga 900 bath untuk perjalanan sehala ke Viridian Resort Hotel yang
terletak di Pantai Patong. Saya menempah 3 bilik di hotel ni untuk 3 malam.
Salah
satu bilik di Viridian Resort Patong
Hotel
ini amatlah strategik. Terletak di tengah-tengah bandar Patong. Berdekatan
dengan pantai, Jungceylon Mall, Bangla Road, kedai-kedai dan lain lain.
Kami
tidur dengan nyenyak kerana kepenatan. Bersambung di part 3 ye untuk kisah
seterusnya.





Tiada ulasan:
Catat Ulasan